Serangga berukuran 1-2 cm ini merupakan contoh haiwan yang banyak memberikan pengajaan kepada manusia.Ia memasukkan ke dalam tubuhnya sesuatu(kotoran) yang baik berupa madu.Haiwan ini seperti disebutkan dalam Al-Quran, memberikan manfaat yang besar.Lebah mengeluarkan madu bukan sahaja untuk diri mereka, melainkan untuk dimanfaatkan oleh manusia.Dengan kata lain, lebah juga mengabdikan diri melayan manusia.
Banyak sekali tanda-tanda kebesaran Allah yang dapat diperhatikan dalam kehidupan lebah.Penelitian yang dilakukan oleh para ilmuan telah membuktikan bahawa lebah selain menghasilkan produk-produk yang sangat bermanfaat, ternyata juga memiliki sifat-sifat mulia yang dapat dijadikan teladan oleh manusia.Sifat-sifat mulia yang ada pada lebah antara lain:
1.Cermat dan Teliti
Lebah menghasilkan sarangnya dengan cermat, efisien dan teliti.Ia membina sarang yang berbentuk segi enam (heksagon) dengan bahan baku propolis.Para ilmuan dan ahli matematik yang mengadakan penelitian tentang sarang yang berbentuk segi enam ini berhipotesis (mengandaikan) bahawa struktur segi enam adalah bentuk geometri yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap kawasan secara maksimum.Jika sel-sel sarang madu dihasilkan dengan bentuk yang lain, maka akan terdapat kawasan yang tidak terpakai sehingga hanya sedikit madu yang boleh disimpan dan sedikit lebah yang dapat merasakan manfaatnya.Menurut pakar matematik, bentuk heksagon menjadikan seluruh sarang lebah yang diperbuat daripada lilin rapuh tinggi dengan beban lebih kurang 20 kg madu.
2.Kerjasama Universal
Salah satu perkara yang membuatkan para ilmuan semakin takjub dengan hasil penelitiannya ialah, lebah mencontohkan persaudaraan dan kerjasama yang efektif ketika menghasilkan sarang yang dapat dihuni oleh sebanyak 80,000 ekor lebah.Sukar untuk dipercayai bahawa sarang madu lebah terdiri daripada 3 bahagian yang terpisah.Potongan-potongan sarang madu yang dihasilkan dimulai dari arah yang berbeza-beza, di atur begitu sempurna, sehingga meskipun terdapat ratusan sudut yang berbeza dalam strukturnya, sarang tetap nampak seperti satu sarang yang seragam.Untuk menghasilkannya, lebah harus terlebih dahulu menghitungkan jarak antara titik awal dan titik sambungan.Lebah membina sarangnya tanpa mengikut pelan.Sungguh satu tugasan yang hampir mustahil dilakukan oleh manusia.
3.Makanan yang baik
Lebah makan dari sesuatu yang baik iaitu 'nektar' dan serbuk sari bunga.Sehingga dari makanan ini dihasilkan sesuatu yang baik bahkan sangat bermanfaat iaitu 'Madu'.Secara klinikal juga telah dibuktikan bahawa sengatan lebah dapat mengubati pelbagai jenis penyakit, kerana cairan sengatan yang dihasilkan dikenali sebagai venom.Venom atau racun lebah dapat berfungsi mengubati 'prostatis kronis dan wasir'.Juga dapat 'merawat pesakit' yang menghidap penyakit kulit, usus, luka akibat terbakar dan sebagainya.
4.Bergerak Berdasarkan Petunjuk Allah
Lebah biasanya terbang dalam jarak yang jauh untuk mencari makanan.Mereka mengumpulkan serbuk sari bunga dan bahan pembuat madu dalam jarak 800 meter dari sarang.Seekor lebah telah menemukan bunga, kembali semula ke sarangnya untuk memberitahu lebah yang lain kedudukan bunga tersebut.Bagaimana lebah ini menunjukkan lokasi bunga tersebut kepada yang lain?.Menurut Prof. Mappatoba, lebah membeitahu lokasi bunga kepada rakan-rakannya dengan membuat gerakan tawaf.Lebah melakukan gerakan membentuk lingkaran di dalam sarang dengan membuat 'garisan azimuth' dari sinar matahari.Gerakan ini adalah ekspresi yang digunakan untuk memberitahu lebah lain tentang lokasi bunga.
Gerakan yang diulang-ulang, mengandungi semua informasi tentang sudut, jarak, arah dan sumber makanan lain.Apa yang kita lihat semua ini hanya sekelumit tanda-tanda kebesaran Allah Taala.Tetapi dari seekor haiwan yang bersais 1/3 anak jari manusia ini, telah memberi satu contoh dan iktibar bagi kita seorang insan dan manusia berakal, tetapi sering melawan Allah dalam melakukan perintah dan suruhannya.Bukalah mata hati.Tepuk dada, tanya iman.Wallahua'lam