Pembelian Madu Yaman Online

Tuesday, March 3, 2009

Menyingkap Keajaiban Madu Lebah

Para pakar kesihatan dan perubatan merumuskan beberapa manfaat madu lebah, antaranya ialah:-


1.Mudah dicerna
Disebabkan molekul gula pada madu dapat berubah menjadi gula lain (fruktosa menjadi glukosa) madu mudah dicerna oleh perut.Madu dapat membantu pencernaan ginjal dan usus agar berfungsi dgn baik.

2.Rendah kalori
Jika dibandingkan dengan jumlah gula yang biasa kita ambil, kandungan kalori madu 40 peratus lebih rendah.Walaupun memberi energi yang besar, madu tidak menambahkan berat badan.

3.Berdifusi lebih cepat, melalui darah
Jika madu dicampurkan dengan air suam, madu dapat berdifusi dalam darah.Molekul gula yang terdapat dalam madu berfungsi untuk mencergaskan otak kerana otak merupakan pengguna gula terbesar.

4.Membantu pembentukan darah
Madu menyediakan banyak tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan darah, atau lebih dikenali sebagai membantu membersihkan darah.Madu mempunyai pengaruh positif dalam mengatur dan membantu peredaran darah.Madu juga berfungsi sebagai pelindung terhadap masalah 'pembuluh kapiler' (darah) dan 'arerioskleorosis'.

5.Membunuh bakteria
Sifat madu yang membunuh bakteria disebut "efek inhibisi".Penyelidikan tentang madu menunjukkan bahawa sifat ini akan meningkat dua kali ganda jika dicampurkan dengan air.

6.Royal Jelly
Royal jelly adalah antara yang dikeluarkan lebah pekerja di dalam sarang.Bahan yang mengandungi pelbagai khasiat ini mengandungi gula, protein, lemak dan berbagai vitamin.
Royal jelly juga sesuai dimakan oleh mereka yang kekurangan zat makanan dalam tubuh.Jelaslah bahawa madu yang dikeluarkan jauh melebihi jumlah keperluan lebah, kerana ia dibuat untuk kepentingan manusia.Semua itu adalah kekuasaan dari Allah SWT yang menguasai dan mencipta alam semesta.
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran"Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang diperbuat oleh manusia," kemudian makanlah dari hari-hari(macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dipermudahkan (bagimu).
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang dapat menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan," (Surah An-Nahl:ayat 68-69) .